Friday, March 14, 2014

Anjung Tinjau KLIA

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan bahawa kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lagi digunakan sebagai kawasan menunggu dan Pusat Resepsi Rakan Keluarga bagi penumpang serta anak kapal pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas.










Menurut kenyataan MAHB, satu dinding ditempatkan di situ bagi membolehkan orang ramai menulis harapan serta doa mereka terhadap penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines itu.


Tiga kain rentang dengan paparan mesej “Please Share Your Prayers For MH370″ di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menjadi tumpuan orang ramai yang menurunkan tandatangan serta doa mereka untuk pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

 

 









 

 "Orang ramai diminta menggunakan venue lebih sesuai seperti masjid dan tempat ibadat lain untuk bersembahyang," katanya.
Anjung Tinjau, yang terletak di Tingkat 5 Bangunan Terminal Utama, digunakan sebagai pusat bagi memudahkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 sejak Sabtu lepas.






 

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS, Pemuda PAS Selangor dan Persatuan Perubatan Islam Darussalam mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di ruang legar berhampiran Anjung Tinjau, yang dihadiri kira-kira 200 orang.

Kira-kira 10 malam tadi, tiga wakil daripada Gereja Presbyterian Malaysia datang memberi sokongan kepada ahli keluarga penumpang dengan membawa sepanduk berbunyi 'Have Hope', 'My Hope My Harapan 370' dan #MH370 We are praying for you dalam tiga bahasa utama. 


No comments: