Saya reda jika ia sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup saya. Saya tidak takut untuk hidup sendirian tanpa seseorang di sisi kerana selama ini pun saya sudah biasa hidup berdikari bersama anak-anak.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih pada Aidil atas segala-galanya kerana beri saya dua cahaya mata sepanjang hidup bersama dulu. Terus terang sebagai wanita saya dambakan seorang suami yang matang dan mampu menjadi pelindung saya dan anak-anak dan bukannya lelaki yang lemah. Malah, saya berkahwin dulu pun bukan kerana harta dan wang ringgit sebaliknya ingin mencari cinta dan kasih sayang daripada seorang suami.
"Kadang-kadang saya terfikir mungkin Allah s.w.t anugerahkan saya dua anak lelaki untuk menjadi pelindung dalam hidup saya kelak,” katanya.
"Justeru, saya pernah bertanya kenapa perkara ini berlaku dalam rumah tangga kami? Namun, saya percaya, Allah beri ujian pada hamba-Nya yang terpilih dan mampu untuk memikulnya,” katanya.
p/s: ungkapan terbaik dan boleh terpaku bila membacanya..
No comments:
Post a Comment