Tuesday, April 10, 2012

Pindaan AUKU :Pelajar IPT tidak boleh pegang jawatan pertubuhan kampus, parti politik serentak

Pindaan dapat memastikan kebebasan pelajar menggunakan hak mereka dalam soal politik, namun kerajaan masih lagi mengekalkan larangan menyertai pertubuhan haram atau yang dirasakan tidak sesuai oleh universiti, selain tidak dibenarkan membawa politik kepartian dalam kampus. - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam (Isnin) akan memberi kebenaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli dan memegang jawatan sebarang parti politik.

Bagaimanapun, pindaan yang dicadangkan itu melarang mereka bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Beliau berkata, larangan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan dalam universiti jika memegang jawatan parti politik adalah bagi mengelakkan pelajar menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi pelajar lain.

No comments: