Thursday, April 26, 2012

AUKU diluluskan

Demi kepentingan negara, golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan AUKU itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam kampus atau dengan mana-mana parti politik.

Pada 19 April lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegawang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus, sebahagian transformasi politik negara yang dilakukan kerajaan.

Dalam sesi dialog itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disediakan bagi parapelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tetap diteruskan selagi ada keperluan.

Beliau berkata, isu pemansuhan PTPTN itu tidak seharusnya wujud dan diperbesarkan kerana kemudahan pinjaman itu bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tetapi ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

No comments: