Tuesday, April 10, 2012

ABPBH

Seperti yang dijangka..



Meskipun sejak awal lagi anak seni berusia 36 tahun ini enggan terus terbuai dengan pandangan dan ramalan teman sekeliling, namun akhirnya tanggal 8 April lalu menjadi saat paling indah dalam kerjaya seninya.

Menyifatkan kemenangannya itu bagai bulan jatuh ke riba kerana mampu membawa mimpinya ke lantai realiti, pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz ini tidak henti mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang setia untuk terus meletakkannya tinggi ke atas tanpa memikirkan soal status mahupun warga negara.

“Alhamdulillah ini adalah hadiah atas kerja keras dan usaha saya selama ini.

Bertemu dengannya di majlis sidang media sejurus tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bersama isteri juga pengurusnya, Diyana Halik yang tidak lekang di sisi jelas mencerminkan wajah seronok tidak terkata di sebalik raut wajah kacaknya.

Selama ini Diyana setia berdiri teguh di sisi aktor paling popular itu sepanjang waktu.

Selain Aaron, ABPBH2011 turut memperlihatkan beberapa kejutan apabila aktor Fizz Fairuz dipilih Pelakon TV Lelaki Popular buat julung kalinya sekali gus mengenepikan Sam, Aaron, Adi Putra dan Fauzi Nawawi.

Bintang muda Johan Asa’ri dan Tasha Shilla pula dipilih menjadi pemenang bagi kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita selain Zizan Razak memecah monopoli Aznil Nawawi selama sembilan tahun menerusi Pengacara Lelaki Popular.

Pengacara dan pelakon, Didie Alias yang juga menjadi pengacara ABPBH2011 bersama Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan buat pertama kali untuk menerima trofi Pelakon Komedi Wanita Popular.

Farah Fauzana masih kekal bersama pengiktirafannya, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular. Fasha Sandha turut berjaya mengekalkan rekod masing-masing apabila masih relevan memegang trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Sempena 25 tahun penganjurannya, ABPBH2011 turut meraikan kategori Seri Perak yang menjadi milik Datuk Siti Nurhaliza.

Keseluruhannya, pentas ABPBH2011 penuh kejutan dan diwarnai wajah segar. Tapi masa mula-mula tu agak 'lambat' sikit ABPBH tu nak start enjin..hehe

No comments: