Saturday, August 20, 2011

Uwais Alqarni

jangka bulan 11 gak..
same ngan bakal anak sedara ku la ni ye..

Siti Sarah Raisuddin & Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.

Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.

Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,.

No comments: