Pengguna di sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan, mulai Khamis ini hingga 2 September.
Lima lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini.
Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE).Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP); Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.
Beliau berkata, diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya.
No comments:
Post a Comment