Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar pulak...

ai..lepas sorang,sorang lagi...
kenapa la diorang ni ye..

Betullah kata orang yang kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Ally Iskandar akhirnya membuat pengakuan yang dia sudah putus tunang dengan Nur Aishah Zainal pada 30 Julai lalu. Sedih memang sedih tetapi nampaknya itu adalah ketentuan daripadaNya.




Namun begitu perpisahan mereka adalah secara baik dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga ataupun kerana dilanda krisis besar. Antara mereka berdua tidak ada keserasian. Berikut ialah kata-kata Ally:-

Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik

Takziah kepada Ally dan Aishah. Untuk makluman, mereka berdua masih berkawan baik walaupun sudah putus tunang.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Semoga kedua-duanya akan kekal menjadi kawan dan semoga masing-masing dipertemukan jodoh secepat mungkin.

No comments: