Ni ku tengok dari anak sedare ku ye...
baru ku tau camne budak2 berpuase..dari segi ketahanan ar..
setakat ni alhamdulilah 2orang anak sedare ku berpuase penuh..
tetibe terbaca pasal ni..pada ku ni gOOd info untuk korang gak di masa akan datang..=D
ala,lagipun kalau ingat semula kenangan2 zaman kte mula berpuase pun,camni gak kn...
Melatih anak berpuasa adalah satu cabaran apabila mereka sudah mencecah usia yang sesuai mengikut pertimbangan ibu bapa. Ini kerana pada usia tertentu, anak sudah sepatutnya dilatih berpuasa secara berperingkat bermula dengan separuh hari, tiga suku dan seterusnya berpuasa penuh.
Bagi anak yang tidak tahan berpuasa atau mungkin juga hampir pitam, itu petanda dia tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk bertahan sehingga ke petang.
Pitam, berpeluh sejuk, menggeletar dan lemah adalah tanda kekurangan gula atau gula rendah di dalam tubuh. Keadaan yang dipanggil hipoglisemia ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarul Zaman, orang dewasa dan kanak-kanak pada amnya mempunyai sistem pencernaan yang sama. Apa yang membezakannya adalah kanak-kanak memiliki simpanan tenaga yang sedikit berbanding dewasa.
Ini berbeza bagi orang dewasa, walaupun tanpa sahur yang mencukupi, simpanan tenaga orang dewasa mampu membekalkan tenaga untuk seharian. Apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, pembentukan otot dan lemak akan kelihatan pada lelaki dan kanak-kanak perempuan kerana ketika ini pertumbuhan badan mereka semakin berkembang dan menuju ke arah seperti orang dewasa. Pertambahan otot dan lemak bermakna simpanan tenaga juga akan bertambah.
Dalam usaha memastikan anak berjaya melaksanakan rukun Islam ketiga ini, ibu bapa memainkan peranan penting menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada mereka. Pemilihan makanan seimbang mengikut piramid makanan ketika bersahur dan berbuka membantu kanak-kanak menjalani ibadat puasa sebaiknya.
“Setiap juadah disediakan sama ada berbuka dan bersahur perlu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral.
“Ini bermakna mereka perlu makan nasi atau bijirin lain bersama sumber protein seperti ayam dan ikan serta sayur-sayuran untuk serat dan vitamin daripada buah-buahan seperti kurma.
Apa yang menjadi masalah adalah kanak-kanak yang sangat selektif dalam pemilihan makanan. Mereka hanya makan makanan yang disukai saja misalnya memilih untuk makan sandwic, bihun atau mi ketika berbuka.
Menurut Pegawai Agama Hospital Pusrawi, Yaakob Abd Hamid, kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa sehingga usia mereka akil baligh, namun ibu bapa harus memberi latihan serta galakan kepada anak pada usia yang awal.
“Dalam hal ini jangan lakukan paksaan kepada anak sebaliknya gunakan kaedah memujuk supaya mereka melakukannya dengan ikhlas,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment