
Suasana Ramadan kali ini mungkin lebih berbeza daripada tahun sebelumnya apabila tugas Nana lebih tertumpu kepada menguruskan rumah tangga dan buah hati mereka, Althea.
Akui Nana yang sudah berpindah ke Hot FM, sebagai ibu dan isteri, dia sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga dulu seperti memastikan semua tersedia serta menjaga keperluan suami serta anaknya.
“Saya seronok dapat menjaga dan melihat sendiri Althea membesar. Memang pada usia sekarang dia dalam proses membesar dan dia mula lasak sedikit. Maklum saja dia sudah mula belajar merangkak.
Buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah. Selepas berhenti kerja saya selesa menjaganya sendiri. Setakat ini semuanya masih dapat diuruskan dengan bantuan Brian.
“Sebab itulah saya bekerja hanya pada hujung minggu dan kalau ada undangan
mengacarakan majlis. Kami dah bersetuju untuk menjaga Althea secara bergilir-gilir,” katanya.
No comments:
Post a Comment