tu la glamour sangat..tak pasal-pasal je putus tunang...
boleh ke cakap camtu,xbaik2...hihihi
padahal baru lagi tu..
tapi tak boleh nak salahkan gak..
mane la tau..xde jodoh,xde rezeki diorg ber 2...
tunggu jela kenyataan balas daripada Khairul Fahmi lak kan..
“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Berikut merupakan kenyataan balas Elia di Harian Metro:-
Kata Elia lagi, pergolakan perhubungan mereka telah berlangsung selama sebulan dan setiap kali Elia mahu berjumpa Apek untuk menyelesaikannya, Apek tidak mahu berjumpa dengannya..Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut.
Malah Elia bertegas yang punca keretakan hubungan mereka adalah disebabkan kewujudan orang ketiga. Elia mendakwa mempunyai bukti tentang hubungan Apek dengan orang ketiga tersebut. Kata Elia lagi, hubungan Apek dan orang ketiga tersebut dikesan sejak Julai lalu dan dipercayai mereka berdua mempunyai hubungan sebelum Elia dan Apek bertunang.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
No comments:
Post a Comment