Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance


em..masih bekerja di saat- saat akhir..
takpe..masih ade lagi yang bekerja arini kan..hehehe
walaupun mooD semua da hanyut ke kampung...=)

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri bakal menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.

Jadi kawan-kawan, di kesempatan ini ku ingin menyusun sepuluh jari..
di hari baik bulan baik ni..
dan bakal menjelang nya hari raya Aidilfitri...
jika dalam blog ku ni ade tersilap n terlanjur kata...
haraplah dimaafkan...
kire 0-0 la ye..

hati-hati semasa memandu n sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
semoga selamat kembali ke kampung n selamat kembali semula ke sini ye kawan-kawan2..=D





Sunday, August 21, 2011

brita baik bagi yang memandu..

Pengguna di sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan, mulai Khamis ini hingga 2 September.

Lima lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini.

Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE).Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP); Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata sebanyak tujuh juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan sepanjang tempoh diskaun membabitkan kos RM6.8 juta berbanding RM3 juta tahun lalu.

Beliau berkata, diskaun berkenaan adalah antara program tanggungjawab sosial sebanyak 22 syarikat konsesi, selain menghargai pengguna lebuh raya.

Saturday, August 20, 2011

Uwais Alqarni

jangka bulan 11 gak..
same ngan bakal anak sedara ku la ni ye..

Siti Sarah Raisuddin & Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.

Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.

Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan,.

Eksklusif Nabil

betul la Nabil nak kawen...
tengok kat galaksi tu...
dia kata nak wat majlis kawen yang sempoi..

Mengikut perancangan, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub(Zira) , 23 akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.





Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang.

Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh kesederhanaan dengan kos anggaran RM150 000.Sederhana ke??hehehe..Tapi dengar-dengar pihak Festival Pengantin akan turut merealisasikan impian diorang tu..alhamdullillah la kan..=D

galaksi


suka tengok fida cakap masa diinterview tu..
banyak kali gak la ditanye pasal hubungan die ngan mamat sepah..
seperti jawapan die sebelum ni gak..
last-last die cakap : tengah syok kenal...hehehe

die suh peminat die doakan..
kalau ade jodoh, ade la...



Friday, August 19, 2011

berita yang tak disangka

hmm..arini dapat 1 berita yang mengejutkan di tengahari td..
tak tau la nak hepi ke tak..

kadang-kadang rasa cam senang je 'die' mengarah-arahkan..
kadang-kadang rasa ni mungkin berkat kesabaran dari kes yang dulu..

ntah la..
tapi ku rasa lebih baik fikir positif..
dengan kenaikan tempat ni akan merubah akan datang..
peh..cte macam jauh sangat je g kan..
tak g mane pun,kat situ gak..
cume tak sangka je...

mula-mula 'die' gtau tak kan la ku nak tanggung cume 3 bulan je..
lagipun kalau ikut gred pun,memang bukan ''die'' kat situ...
memandangkan itu, 'die' minta ku terus jaga disitu..
n kire switch bos ngn ''die'' la...

masa mula-mula 'die' cakap tu tergamam gak..
nak terima ke tak..
pastu ku tanye la kat 'die',yang ''die'' tu takpe ke
'die' cakap takpe nanti 'die' gtau..

ku tanye lak pasal PA lagi satu..
die cakap bos tak lepaskan..

n tadi bos ku panggil ku..
n sempat la ktorang borak jap..
n secara tiba-tiba terus ku tercerita cte lama pasal "die"
n bos ku gtau yang die tak tau pun pasal ni
bos ku pun faham n die cakap tak sepatutnye "die" berada di situ
ble dgr bos ku gtau..hmm..ye die percayakan ku..
n sambung la ktorang bcite jap..

yg tetibe je ku dengar dari luar..
org tu leh ckp ei best nye jaga bos ku n ade la ayt lain die cakap..
hmm..

sekarang ni duk terfikir..ok ke tak die..
harap-harap die ok..
tengok dari perjumpaan tadi..
die boleh borak-borak,gelak-gelak..
n die gtau bekerja bersama-sama bukannya bekerjasama...
harap-harap die terus kan ngan sifat die tu..
amiin...

hmm..3tahun 3 bos...
p/s: susah la nak cuti lepas ni...huhuhu..

Friday, August 12, 2011

sale lagi kat putrajaya

sekarang da nampak bunting pun pasal ni...
Metrojaya Raya Sale kt PICC...
dari 17 - 21 ogos...






mamat sepah n fida..=D




Ni Mamat cakap:-

Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.

“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.

“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”

“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak bersama OHBULAN! di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.

Mamat memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.

“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.


Ni lak Fida yg cakap:-

Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.

“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.

OHBULAN! juga bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza.

Wednesday, August 10, 2011

Melatih anak berpuasa...=D

Ni ku tengok dari anak sedare ku ye...
baru ku tau camne budak2 berpuase..dari segi ketahanan ar..
setakat ni alhamdulilah 2orang anak sedare ku berpuase penuh..
tetibe terbaca pasal ni..pada ku ni gOOd info untuk korang gak di masa akan datang..=D
ala,lagipun kalau ingat semula kenangan2 zaman kte mula berpuase pun,camni gak kn...

Melatih anak berpuasa adalah satu cabaran apabila mereka sudah mencecah usia yang sesuai mengikut pertimbangan ibu bapa. Ini kerana pada usia tertentu, anak sudah sepatutnya dilatih berpuasa secara berperingkat bermula dengan separuh hari, tiga suku dan seterusnya berpuasa penuh.

Bagi anak yang tidak tahan berpuasa atau mungkin juga hampir pitam, itu petanda dia tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk bertahan sehingga ke petang.

Pitam, berpeluh sejuk, menggeletar dan lemah adalah tanda kekurangan gula atau gula rendah di dalam tubuh. Keadaan yang dipanggil hipoglisemia ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarul Zaman, orang dewasa dan kanak-kanak pada amnya mempunyai sistem pencernaan yang sama. Apa yang membezakannya adalah kanak-kanak memiliki simpanan tenaga yang sedikit berbanding dewasa.

“Kanak-kanak mempunyai simpanan tenaga yang terdapat pada lemak, otot dan gula di hati yang terhad berbanding orang dewasa. Oleh itu, tanpa sahur yang lengkap dan seimbang, kanak-kanak tidak mampu untuk berpuasa hingga Maghrib,” katanya.

Ini berbeza bagi orang dewasa, walaupun tanpa sahur yang mencukupi, simpanan tenaga orang dewasa mampu membekalkan tenaga untuk seharian. Apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, pembentukan otot dan lemak akan kelihatan pada lelaki dan kanak-kanak perempuan kerana ketika ini pertumbuhan badan mereka semakin berkembang dan menuju ke arah seperti orang dewasa. Pertambahan otot dan lemak bermakna simpanan tenaga juga akan bertambah.

Dalam usaha memastikan anak berjaya melaksanakan rukun Islam ketiga ini, ibu bapa memainkan peranan penting menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada mereka. Pemilihan makanan seimbang mengikut piramid makanan ketika bersahur dan berbuka membantu kanak-kanak menjalani ibadat puasa sebaiknya.

“Setiap juadah disediakan sama ada berbuka dan bersahur perlu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral.

“Ini bermakna mereka perlu makan nasi atau bijirin lain bersama sumber protein seperti ayam dan ikan serta sayur-sayuran untuk serat dan vitamin daripada buah-buahan seperti kurma.

Apa yang menjadi masalah adalah kanak-kanak yang sangat selektif dalam pemilihan makanan. Mereka hanya makan makanan yang disukai saja misalnya memilih untuk makan sandwic, bihun atau mi ketika berbuka.

Menurut Pegawai Agama Hospital Pusrawi, Yaakob Abd Hamid, kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa sehingga usia mereka akil baligh, namun ibu bapa harus memberi latihan serta galakan kepada anak pada usia yang awal.

“Dalam hal ini jangan lakukan paksaan kepada anak sebaliknya gunakan kaedah memujuk supaya mereka melakukannya dengan ikhlas,” ujarnya.

Tuesday, August 9, 2011

alhamdulillah...bonus...

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

;-D

Monday, August 8, 2011

Simply siti

Macam-macam dengar cte sekarang pasal isu halal ni...Ni salah satunya:

Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.


Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar pulak...

ai..lepas sorang,sorang lagi...
kenapa la diorang ni ye..

Betullah kata orang yang kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Ally Iskandar akhirnya membuat pengakuan yang dia sudah putus tunang dengan Nur Aishah Zainal pada 30 Julai lalu. Sedih memang sedih tetapi nampaknya itu adalah ketentuan daripadaNya.




Namun begitu perpisahan mereka adalah secara baik dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga ataupun kerana dilanda krisis besar. Antara mereka berdua tidak ada keserasian. Berikut ialah kata-kata Ally:-

Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik

Takziah kepada Ally dan Aishah. Untuk makluman, mereka berdua masih berkawan baik walaupun sudah putus tunang.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Semoga kedua-duanya akan kekal menjadi kawan dan semoga masing-masing dipertemukan jodoh secepat mungkin.

Wednesday, August 3, 2011

ade jualan barangan raya la...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)



Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

terjawab sudah kes KFCM ni...

Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.




Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.


“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

Tuesday, August 2, 2011

muka buku..;-D

Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.





Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.


Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.

wa..lepas ni semua kena beringat n berhati-hati la ye dalam setiap tindakan@ setiap post dalam FB tu...

dunia sekarang...

Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan.

“Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala,” kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.

“Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati ‘malaikat’ itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat,” katanya.


Azrina berkata, Mohamed bukan saja lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah bersikap pelik dengan memakai lebih 20 tangkal termasuk diperbuat daripada bulu binatang kononnya sebagai pendinding dan pelaris.

p/s: ei macam-macam..Berpada-pada la kan kalau nak dapat pahala sekalipun.Banyak cara lain lagi yang boleh mendatangkan pahala, tak perlu la sampai melanggar perintah Allah...

Monday, August 1, 2011

demi anak....

KEHADIRAN Ramadan kali ini memberi seribu makna ceria buat penyampai radio, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 28.Bukan saja menerima kehadiran cahaya mata pertama, Althea Raqeem Brian yang kini berusia sembilan bulan, malah Nana juga menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Mohamed Raqeem Brian, 36, bagi tahun kedua.



Suasana Ramadan kali ini mungkin lebih berbeza daripada tahun sebelumnya apabila tugas Nana lebih tertumpu kepada menguruskan rumah tangga dan buah hati mereka, Althea.

Akui Nana yang sudah berpindah ke Hot FM, sebagai ibu dan isteri, dia sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga dulu seperti memastikan semua tersedia serta menjaga keperluan suami serta anaknya.

“Saya seronok dapat menjaga dan melihat sendiri Althea membesar. Memang pada usia sekarang dia dalam proses membesar dan dia mula lasak sedikit. Maklum saja dia sudah mula belajar merangkak.

Buat masa ini saya belum terfikir lagi untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah. Selepas berhenti kerja saya selesa menjaganya sendiri. Setakat ini semuanya masih dapat diuruskan dengan bantuan Brian.

“Sebab itulah saya bekerja hanya pada hujung minggu dan kalau ada undangan
mengacarakan majlis. Kami dah bersetuju untuk menjaga Althea secara bergilir-gilir,” katanya.

akhbar Harian Metro

ape nak jadi la diorang ni...
tu la glamour sangat..tak pasal-pasal je putus tunang...
boleh ke cakap camtu,xbaik2...hihihi
padahal baru lagi tu..

tapi tak boleh nak salahkan gak..
mane la tau..xde jodoh,xde rezeki diorg ber 2...
tunggu jela kenyataan balas daripada Khairul Fahmi lak kan..

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Berikut merupakan kenyataan balas Elia di Harian Metro:-

Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut.

Kata Elia lagi, pergolakan perhubungan mereka telah berlangsung selama sebulan dan setiap kali Elia mahu berjumpa Apek untuk menyelesaikannya, Apek tidak mahu berjumpa dengannya..

Malah Elia bertegas yang punca keretakan hubungan mereka adalah disebabkan kewujudan orang ketiga. Elia mendakwa mempunyai bukti tentang hubungan Apek dengan orang ketiga tersebut. Kata Elia lagi, hubungan Apek dan orang ketiga tersebut dikesan sejak Julai lalu dan dipercayai mereka berdua mempunyai hubungan sebelum Elia dan Apek bertunang.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.