Tuesday, December 3, 2013

Tarif baru elektrik bermula Januari 2014

Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.
Penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna iaitu:

  • Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03 peratus)
  • Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85 peratus)
  • Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWJ iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85 peratus)

Tiada kenaikan tarif terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah.

No comments: