Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan
apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11
juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di
sini, malam tadi.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan
Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya
moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya
aktor Zain Saidin, 29.
Menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Pasangan ini akan dinikahkan pada malam ini di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib. Memang benar kata orang, ini sememangnya perkahwinan janda termahal ! :P
No comments:
Post a Comment