semalam tetiba ternampak iklan kat tv pasal Banglo Seksyen 2
cakap kat laki ku cite ni 5dis
bukannye igt pun tarikh bile da kat umah..hehe
sekali laki ku cakap eh bukan arini ke
apelagi layan ar kul 10
mula2 tanye berani x
kalau ade geng berani je..hikhik
layan la cite tu sambil ssukan baby SN
yg budak bertuah tu macam faham2 je selagi ku xtido die xtido
lama gak nak tunggu die tido
sambil minum ssu sambil bunyi2 mulut die tu
amboi..senang ati betul..hehe
Dijayakan lima pelakon muda, Hairul Azreen memegang watak sebagai Helmi,
Hanis Kamal Bakar (Kamal), Aliff Hadi (Hariz), Aedy Ashraff (Azli) dan
Hafeez Mikail (Faizal), Banglo Seksyen 2 tidak banyak beza dengan
peristiwa di Villa Nabila.
Banglo Seksyen 2 mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal
membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa
banglo RM50 sebulan dikatakan berhantu.
Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa.
Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh.
Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan.
Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam.
Selepas berhempas pulas dan menjerit meminta tolong, semua rakan datang membantu.
Mengejutkan apabila mereka melihat kelima-lima mereka ada bersama,
membuatkan timbul rasa hairan siapa berada dalam bilik air itu.
Ia berlanjutan ketika Kamal yang baru selesai mandi melihat rakan sebiliknya Faizal hanya duduk terdiam atas katil.
Kamal turun ke bawah menonton TV dan lebih memeranjatkan Kamal,
Faizal yang dilihatnya tadi di dalam bilik, sebenarnya ada di ruang tamu
bergelak ketawa.
Kamal berlari semula ke bilik dan terkejut melihat katil Faizal kosong.
Gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga menyebabkan Kamal
terbabit dengan kemalangan, akhirnya semua mengambil keputusan keluar
dari rumah itu tetapi Haris didatangi roh penghuni asal rumah banglo itu
dan mengetahui apakah rahsia yang pernah tersembunyi selama ini.
last nye yang menarik..
walaupunn.. hehe
nah url trailer cite ni..ade berani,tengok la
http://www.youtube.com/watch?v=MNFGf8oufn8&feature=player_embedded
banyak versi sebenarnye n da lama cite pasal ni rupenye
tapi yg kat shah alam memang ada
No comments:
Post a Comment