paul
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pelakon filem 'Fast & Furious', Paul Walker telah terkorban dalam kemalangan jalan raya yang  berlaku di Santa Clarita, Selatan California, Sabtu lalu. 
 
Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakannya telah hilang kawalan dan melanggar tiang lampu dan pokok sebelum terbakar dan meletup. 
 
Paul turut disahkan berada di tempat duduk penumpang dan ketika mereka tiba di tempat kejadian, Paul berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
 
Rakan-rakan dan pekerja-pekerja Paul cuba menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran kereta tersebut namun gagal.
 
Punca utama kemalangan masih belum jelas namun pihak polis tidak menolak kelajuan menjadi punca utama.
 
 Paul yang berusia 40 tahun telah meninggalkan anak perempuan berusia 15 tahun, Meadow.