Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran
cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari
2014.
Pengumuman berkenaan diisytiharkan sempena Hari Keputeraannya yang
ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi
tadi.
Titahnya pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.
Titah baginda keputusan muktamad itu dibuat selepas membuat penilaian terhadap beberapa pandangan.
Titahnya, ia bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan
solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.
“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke
masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu
khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan
selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak
sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua
sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang
mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri
Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah
dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya
hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.”
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.
Jelas baginda hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan
umat Islam wajar memperbanyakkan amalan yang dituntut kerana ganjarannya
yang besar dan berlipat kali ganda.
Negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum tahun 1994.
p/s: hmm..susah la lepas ni program family ku di johor..
2 comments:
betul2..psni susah nk plan ape2..cuti xsame dah..huhu
tau xpe..ssh la nk plan ape2..huhu
Post a Comment