Wednesday, November 27, 2013

Minyak Yu Yee Cap Limau

Sejak tahun 2011, terdapat beberapa versi cerita yang mendakwa Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi disebarkan melalui Facebook dan juga email. Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu Yee mengandungi unsur babi.

Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada Pihak JAKIM dan antara  jawapannya ialah:

 minyakyuyi2

“ Oleh kerana Jakim belum lagi menjalankan ujian kimia ke atas produk ini untuk menentukan status kehalalannya, maka terpulanglah kepada saudara samada  terus menggunakan produk tersebut atau sebaliknya. Pada pandangan panel , sekiranya kita tidak menggunakan minyak yu yee pun tidak menjadi masalah kerana  masih banyak minyak angin jenama lain  yang ada di dalam pasaran yang boleh kita gunakan tanpa was-was.”

EKSLUSIF

Untuk menjawab pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah menghantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.

Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR. Keputusan Negatif.



 
Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.




Mengikut peraturan pendaftaran produk farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun haiwan lain.

Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau.

p/s: lega..
credit to: http://www.halalscience.com/blog/benarkah-minyak-yu-yee-cap-limau-ada-lemak-babi/

No comments: