Pengawal keselamatan, Azman Md Nayan yang sebelum ini terlibat
kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola
sepak terkenal negara,sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya
apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon
meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan
terbang tersebar luas.Penampilan pengawal keselamatan itu ternyata
mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9,
Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet
Lee.
Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.
“Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah
lapangan terbang.Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan
seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk
menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang
tugasnya.Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah
hari,”
Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah
dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat
untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak
yang diberikan kepada Azman itu.
No comments:
Post a Comment