Wednesday, November 20, 2013

Villa Nabila

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat. Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn pada pagi tadi.
Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu. Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa. Selepas memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kehilangannya, Mohamad Izzat memohon maaf kepada ibunya.

 izzat izzudin mohon maaf pada ibu

Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya. Susulan kehilangan Izzat (yang tidak pulang ke rumah), keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok’ penunggu banglo lama berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis. “Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu. Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu.

p/s: boleh die lepak umah makwe die..tapi xgtau mak die mana die g..hmm sabo je la budak bertuah
heboh cite die je kt fb ngn paper..dik oi,lain kali nak g mana2 tu fkir mak ayah yer.. ku dapat tau yg owner banglo tu milik warga singapura..memang sebelum ni memang warga johor..tapi die da jual.tu yg pihak polis xleh wat ape2..

tu yg xpasal2 je kuar camni


camni pun ade gak


camni pun ade..hehe


No comments: