Tuesday, November 26, 2013

Che Ta dan Zain Saidin nikah 111213

Untuk makluman anda, pasangan Che Ta dan Zain Saidin mendapat tajaan bernilai RM13 juta sekaligus disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.


Memetik sumber mStar Online, syarikat barangan kemas Habib Jewels merupakan penaja terbesar sebanyak RM10 juta selain 27 pihak penaja lain. Antara penaja lain yang terlibat termasuklah Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari, dan Seri Catering. Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan. Jelas Che Ta, 40, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggapnya ia sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan Zain, 29.

 http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2013/11/rozita-che-wan-dan-zain-saidin-nikah.jpg

“Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya. Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu,” katanya pada majlis sidang media pengumuman tarikah perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvesyen Setia City kelmarin.

Zain dan Che Ta mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember 2013 depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib. Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam. Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember 2013, pukul 8 malam. Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.


No comments: