Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. 
 Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
 
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri".

Wanita seharusnya diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri sedangkan pada masa yang sama mereka juga menjadi ibu dan isteri.

Mereka terpaksa bertungkus lumus membantu suami mencari rezeki sedangkan dalam masa yang sama mereka harus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membersarkan anak-anak.

Tidak hairanlah di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya yang memberikan sokongan dan dokongan dalam setiap perjuanganya. Besarnya pengorbanan  mereka terhadap lelaki.

No comments: