Monday, March 11, 2013

live dari tv opis pasal MAPPA (majlis perdana perkhidmatan awam ke 13)

ade staf ak bukak tv
xterfikir lak arini rupenye yang MAPPA tu, yg kt PICC tu

pastu ak tnye la tengok tv ea
die kata a'ah tunggu ucapan PM tu
jadi kite pasang telinga je la dari bilik..hehe

yg aku faham pekerja kontrak yg akhir tahun ni
akan disambung 1tahun lagi
lepas tu akan difikir lagi,tunggu kajian je la yg akan dibuat nanti

disebut pasal atm dan polis, PRIMA (pasal umah tu)
sistem saraan baru yg terbaru adalah sistem saraan transformasi
yang tu xtau la jadi camne lak

yg gaji penjawat awam
gaji max naik 3kgt
tu yg klau yg da gaji max,yg belum ni camne lak
tu xberapa nak faham lagi
tunggu je la,klau ade,ade..kalau xde xde..
kire ayat nye tunggu kajian je la ye
xtau la berapa lame keputusannye

ni dengar live dari tv je ni
nnti cari kt paper ea..:)

p/s: PM leh cakap xsemua kerajaan sama, bebas memilih
eh xdengar lak pasal bubar parlimen tu bila eh

edited yg ak jmpe:
Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion - Sinar Harian


p/s: so sape2 yg fhm,leh la xplain kt ak..hehe

No comments: