Tuesday, March 26, 2013

milik siapakah nombor ini

tadi ade nombor yang xkenal kol ak
tengok2 nombor nye 0374945000
eh memang xkenal pun

kalau xkenal memang malas sikit nak angkat
sebab tau da,kalau x insurans mesti bank
tu yg da malas nak layan

terus je la cek kat google
biase la kat google, macam -macam kuar

yang menarik perhatian ak ialah, jap ak copy paste :

tengah duduk buat kerja dengan tak semena-mena ada orang call. immediately dia terus cakap dia orang astro.

“tahniah! nak beritau no akaun anda dah terpilih dalam senarai 50 no akaun untuk meneriwa tawaran 2 channel percuma dengan syarat kena tambah channel movies. kena bayar extra 39.95 masuk bill bulan depan. biasa 79.95.. bla.. bla.. bla.. dan bla lagi..”

“tak nak lah”

terus mamat tu letak telefon. betul ke tidak dia orang astro aku pun tak tau. cakap tak berhenti macam mesin-gan! bab nak suruh tambah pakej laju jer. tapi aku still tak nak jugak! tapi aku rasa dia ni mesti asto nyer agent. no telefon pun ader nih: 0374945000

p/s: bikin ganggu ketenteraman awam saja

hehe..sebab tu ak malas nak angkat kol kalau orang xkenal ni..

xde motif pun

smlm dak2 ni ajak jumpe..
tapi sori la yer korang..
memang xdapat..

kali ni plan jumpe waktu lunch jumaat lak
insyallah boleh
sebab time keje..hehe

semalam lepas balik keje terus g bli barang skit,trus blik umah..
xlarat da nak jalan2 sangat lepas keje
sekarang ni lagi teruk kot
makin awal terlelap terus tertido

sebelum ni ok lagi terlelap leh tersedar lagi lepas tu
sekarang ni terlelap tengok tv, memang bangun utk masuk bilik sambung tdo je
arr..kenapa makin penat ni,makin mengantuk ni

memang cakap sambil lalu je la suh kejutkan nak tengok tv
memang sayup-sayup je menyahut cakap nak bangun..hehe

semalam terjumpa wana
setelah lama xberjumpa kan..hehe
maklumla,semalam kan besday die..
celebrate kat situ la ye..
eppy besday wana sekali lagi..:D

p/s: amboi,laki ko sempat sembang pasal bola yer, laki ak pun ape lagi,suka laa..:P

Monday, March 11, 2013

live dari tv opis pasal MAPPA (majlis perdana perkhidmatan awam ke 13)

ade staf ak bukak tv
xterfikir lak arini rupenye yang MAPPA tu, yg kt PICC tu

pastu ak tnye la tengok tv ea
die kata a'ah tunggu ucapan PM tu
jadi kite pasang telinga je la dari bilik..hehe

yg aku faham pekerja kontrak yg akhir tahun ni
akan disambung 1tahun lagi
lepas tu akan difikir lagi,tunggu kajian je la yg akan dibuat nanti

disebut pasal atm dan polis, PRIMA (pasal umah tu)
sistem saraan baru yg terbaru adalah sistem saraan transformasi
yang tu xtau la jadi camne lak

yg gaji penjawat awam
gaji max naik 3kgt
tu yg klau yg da gaji max,yg belum ni camne lak
tu xberapa nak faham lagi
tunggu je la,klau ade,ade..kalau xde xde..
kire ayat nye tunggu kajian je la ye
xtau la berapa lame keputusannye

ni dengar live dari tv je ni
nnti cari kt paper ea..:)

p/s: PM leh cakap xsemua kerajaan sama, bebas memilih
eh xdengar lak pasal bubar parlimen tu bila eh

edited yg ak jmpe:
Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion - Sinar Harian


p/s: so sape2 yg fhm,leh la xplain kt ak..hehe

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. 
 Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
 
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri".

Wanita seharusnya diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri sedangkan pada masa yang sama mereka juga menjadi ibu dan isteri.

Mereka terpaksa bertungkus lumus membantu suami mencari rezeki sedangkan dalam masa yang sama mereka harus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membersarkan anak-anak.

Tidak hairanlah di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya yang memberikan sokongan dan dokongan dalam setiap perjuanganya. Besarnya pengorbanan  mereka terhadap lelaki.

Thursday, March 7, 2013

suke-suki

kenapa arini semua orang cam nak marah ak je ni
huhu
da2 lupekan..xyah fikir..
xsabar nak tunggu mak balik

tadi kat klinik
yang tu standard la kan
sebelum ni biase dengar orang je kena
biase dengar cite2 orang je
sekarang terkena kat hidung sendiri

pastu tadi angkat kol kecoh sangat pasal bayaran LO hotel xsetel lagi
terus2 nak cakap ngan bos
agak2 la benda2 camtu pun nak cakap ngan bos ke kan

tu ak boleh kawal lagi
ak siap berusaha nak membantu
leh lak die tanye ak
awak ni leh percaya ke
padahal ak sampai amik no hp die
tanye ape masalah die
alih2 ak yg kena balik

pastu yg pasal bos kena g luar negara
malam semalam bos kol gtau arini kena wat visa
tadi bos cakap xg
tapi diorang minta wat memo
ak cakap ngn bos die pun terdiam
ala,nak wat ayat ape
xkn nak gtau xg je

tadi akak tu jaga tempat ak
bz la tempat leha ni
ar kan baru tau
pagi tadi mase die jaga nasib baik lum banyak sangat surat lagi
setakat nak jawab kol
ngan melayan kerenah orang je
tu pun die da cakap camtu

Tuesday, March 5, 2013

tak sangka kecik je dunia ni

pagi tadi buka fb
tengok2 ade akak tu komen kat page tu jugak
terfikir gak...eh akak tu orang mane eh
ak pun komen kat situ tanye

terus akak tu kol leha orang situ gak ke
a'ah la
rupe2 nye akak tu memang orang dari sana gak
memang dari kecik tempat lepak die

tergelak besar ktorang
xsangka

pastu tanye2 la
die ingatkan ak asal dari tempat lain
n ak pun ingatkan akak tu asal dari tempat lain
hahahaha..leh ar camtu

keciknye dunia kan
pusing2 tang tu gak

ni cite lain lak
tadi ak terserempak ngn akk PA yang kenal ngan wana gak
akak tu tanye wana mane
lame xdengar cite
ak cakap kak sy pun xtau nak jawab
tapi die ade je

pastu die tanye
wana ada masalah ke
ak cakap entah la kak

tu je yg dapat ku jawab
;)

Friday, March 1, 2013

terkena pagi2 ni

terbaik ar ak kena td
eh,salah ke ak wat camtu
bukannye ak suka2 pun nak kol die

camni cite die
ak ade la kol ext ssorang ni (bahagian lain la)
mase ak kol tu time baca doa
da bos tanye da kol ke org tu
sbb sblum tu ade org jumpe bos
jadi time da tggl 1org je la jumpe bos,ak kol

ak kol tempat org tu die xangkat,xpela kan
ak kol PT kat die,PT die kata die ade kat tempat
ak kol lagi tempat die xangkat lagi
ak kol PT yg lain bawah die gak,PT die cakap org tu ade kat tempat,die angkat jap lagi
pastu ak kol la balik

bila die angkat je,die terus cakap
ai,xsempat2 nak kol time ni jugak ye (mase tu da separuh da org baca doa)
ak cakap la bos yang minta kol
die leh tanye ak,awak angkat tangan x tadi masa baca doa
ak jawab la angkat
die kata lagi,lain kali jangan kol mase ni
tunggu je jap2 lagi
ak terus je jawab,xpela sy sambungkan kat bos

terbaik kan ak kena
ak tau la tengah baca doa
tapi da bos ak yg asyik tanye,da kol ke lum
ak nk jawab ape kan