Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiul'awal tahun 1434 Hijrah bersamaan dengan 24 Januari 2013 bersamaan dengan esok
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari
ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh
pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi
terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali
sebagai Maulid Nabi.
Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan
al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna
pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan
maksud adil, sederhana dan terbaik.
Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam,
sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga
layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi
pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.
No comments:
Post a Comment