Thursday, January 17, 2013

malang memang tidak berbau

hmm...duit ilang dalam bank pun leh xperasan ke ea.
kalau sikit tu mungkin leh lagi la kot
tapi ni banyak tu..51k tuu...

malang tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa aktres terkenal, Lisa Surihani yang mana baru-baru ini, duit di dalam akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Ditambah pula jumlah wang yang hilang bukan sedikit, tetapi sebanyak RM51,000 dan dia mula mengesyaki ia berkaitan dengan kes penipuan yang semakin berleluasa kini.

Sehubungan dengan itu, Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, terus merujuk dengan pihak bank berkenaan. Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.




Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.

No comments: