Miniscus saya koyak. Doktor beritahu kalau saya tak buat pembedahan segera, ia akan bertambah teruk. Jadi saya tiada pilihan lain, saya terpaksa juga jalani pembedahan pada minggu ke tujuh MLM untuk sambungkan semula ligamen saya. Selepas ni setiap hari saya akan ulang alik ke Prince Court untuk buat fisioterapi. Nasib baik hospital tu dekat saja dengan rumah saya. Pengurusan Era.FM beri saya cuti sebulan. Tapi saya tak ada masalah bertugas di konti sebab saya tak perlu selalu bergerak.
Jozan ialah semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan. Walaupun sakit teruk, Johan sanggup hadir untuk membantu rakannya itu. Yang penting, kemunculan Johan bukanlah untuk meraih undi simpati.
“Bukan ‘drama’ tapi ia adalah satu strategi. Saya pernah janji dengan Zizan yang saya nak bantu dia menang. Jadi saya rasa tak salah saya memperlihatkan kesakitan saya ini. Kekentalan Zizan membuat persembahan seorang diri dan berjaya mempertahankan Jozan hingga peringkat akhir membuatkan saya bersemangat dan nak juga datang. Dia memang hebat. Kami gabungkan kekuatan masing-masing dalam Jozan. Pada malam ini saya bantu secara tak langsung. Saya berkorban untuk semua, untuk diri saya, demi keluarga, demi Jozan dan demi peminat yang sentiasa menyokong kami.
Semoga Jozan akan kekal sehingga bila-bila. Jangan berpecah belah. Gandingan anda berdua memang sudah terbaik. Memang pecah perut dibuatnya.:)
No comments:
Post a Comment