Friday, April 1, 2011

AF n ML

Kembali lagi Akademi Fantasia (AF) dgn musim terakhir...
akhirnye Pak Nil ttp trpilih mjdi pngaCara...

Konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung esok, 2 April jam 9 malam di Astro Ria 104.
Untuk makluman, pengetua AF9 hanya akan diumumkan semasa konsert tirai AF9. Dengar-dengar ceritanya Amy Search bakal dinobatkan sebagai pengetua AF9.

Benar atau tidak, kena la tercongok depan TV esok, Sabtu ye. Untuk tenaga pengajar pulak, Syafizawati dan Ning Baizura dilantik sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.

Kite tgk je la ape kah perubahan utk AF kali ni..
ke sme je ek...hihihi

utk Maharaja Lawak...msti lg best kn...
mklum la...

Program terbaru di Astro Warna yang menampilkan bekas peserta-peserta dari Raja Lawak musim-musim lalu untuk bertanding semula demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dengan format 50% dari juri profesional dan 50% undian SMS, mereka akan ditugaskan membuat persembahan untuk kekal sehingga minggu terakhir seterusnya dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Maharaja Lawak akan bersiaran secara langsung bermula pada arni,1 April 2011, Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna(132). Untuk episod 1 dan 2, Maharaja Lawak juga akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105).Maharaja Lawak yang akan dihoskan oleh AC Mizal.

Kumpulan Cham dan Angah sahaja yang tidak dapat menyertai Maharaja Lawak atas sebab komitmen mereka terhadap lakonan.

Kesemua peserta Maharaja Lawak diberi pilihan untuk bergerak secara solo mahupun bergabung menjadi satu kumpulan. Maka terhasillah 12 peserta Maharaja Lawak iaitu, Kumpulan Jambu (Yus & Tauke), Kumpulan Jozan (Johan & Zizan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Wai (Kecik & Idlan), Alex, Man, Kumpulan Balas dan Kumpulan R2.

Sape pilihan korg...
Plihan ak rsenye JOZAN gak...hihihi

4 comments:

Zana Adieyza said...

zana prefer JOZAN jugak!!

zal88 said...

sme la kte...
kte pn...hehehe

LiaNa YuSoF said...

kalau jozan konsisten dan bg tumpuan utk ML, aku sokong..
dlm masa yg sama, aku sokong sepah dan nabil la kn... hehehe....

zal88 said...

sepah n nabil mmg ade dlm snarai...
tp bkn yg 1st la..hehehe
tp mne tau kn...last mnit brubah...