rupe2 nye ni sebenarnye yang berlaku ye..
kte penonton xperasan pun semua ni...
pandai diorg wat kan...
nak cover semula...memang profesional..
BUKAN mudah melaksanakan tanggungjawab sebagai hos untuk sebuah acara besar dan berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) yang berakhir minggu lalu.
Jadi, memang plihan yang tepat dan sesuai apabila Zizan Razak, Sharifah Shahirah dan Raja Azura digandingkan dalam acara kemuncak ABPBH2010. Gelagat mereka membuatkan acara terbabit menjadi gamat dan meriah dengan telatah mereka di pentas.
Hakikatnya, pelbagai pendekatan diambil mereka bagi mengelakkan insiden sebegini berlaku, malah mungkin ramai yang tidak menyangka adegan Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shira secara spontan meletakkan mukanya di bahu Zizan ketika mengacara majlis terbabit disebabkan oleh satu insiden yang tidak disengajakan.
Ia berpunca selepas Shira yang mewakili Noorkhiriah untuk mengambil trofi bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular di mana secara tidak sengaja Shira hampir tersungkur di atas pentas, namun disebabkan rasa malu aksi spontan itu tidak disedari oleh penonton.
Ini diakui sendiri oleh Shira yang mendakwa aksi spontan terbabit berlaku bagi menyembunyi rasa malunya akibat insiden itu, namun ia dapat diselamatkan dengan adanya Zizan dan Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku.
“Bukan senang nak bagi orang ketawa. Nak pula dalam majlis besar macam ini. Memang secara spontan saya meletakkan muka di bahu Zizan sebab sebelum itu saya hampir terjatuh di atas pentas akibat terpijak kain sendiri tetapi nasib baik ada Zizan dan Raja Azura.
“Secara automatik aksi spontan ini berlaku dan Raja Azura pula secara tiba-tiba memegang kaki Zizan bagi menampakkan seolah-olah kami sedih sebab tak menang kategori itu dan ini secara tidak sengaja membuatkan penonton ketawa,” katanya.
p/s: tahniah kpd Shaheizy Sam yg telah memenangi Bintang Paling Popular...n thniah kpd semua gak la kn...
No comments:
Post a Comment