Memang sempoi dan kreatif. Kisah percintaan yang bermula menerusi Facebook di antara Zed Zaidi dan bakal isterinya, Natalia Mustafa Kamal kini diabadikan menerusi kad perkahwinan mereka berdua. Kad yang berbentuk Facebook ini memang unik dan lain dari yang lain. Paling penting ianya mengimbau kembali kenangan mereka berdua.
Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab Kabul. Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit – bibit cinta.
Kami kenal di laman social Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya. Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya, katanya.
No comments:
Post a Comment