Monday, April 11, 2011

Radioterapi

Radioterapi merupakan salah satu rawatan utama kanser payudara. Statistik telah menunjukkan penurunan kadar ketumbuhan berulang daripada 40% ke 15% dengan radioterapi selepas pembedahan payudara secara konservatif.

Radioterapi menggunakan radiasi (sinaran-X bertenaga tinggi, sinaran gamma dan bim electron) untuk membunuh sel-sel kanser. Untuk kebanyakan kanser, radioterapi merupakan rawatan penyembuhan yang boleh dipertingkatkan dengan rawatan pembedahan dan kemoterapi.

Sebelum seorang pesakit memulakan radioterapi, rawatan mesti dirancangkan. Ini adalah untuk menentukan posisi bahagian yang hendak dirawat, isipadu ketumbuhan dan kiraan dos dengan komputer yang boleh memberi dos yang tetap terhadap kanser tersebut dengan kerosakan yang minima kepada tisu sekitar.

Prosedur ini dilakukan bersama pakar radioterapi, pakar perunding, pendaftar dan dua orang perawat radiasi dan ianya mengambil masa selama 30 minit. Selepas prosedur ini, pesakit akan dibenarkan pulang dan tarikh permulaan rawatan diberi antara 3 hari sehingga 1 minggu berikutnya.

Teknik rawatan

Untuk bahagian dada dan payudara sahaja, satu pasang ‘tangential fields’ digunakan supaya paru-paru dan lapisan tisu sekitar tidak terkena. Rawatan ini mengambil masa selama 10 minit untuk menghasilkan ‘set up’ dan 1 minit untuk setiap satu bim. Rawatan ini tidak menyakitkan dan pesakit tidak merasainya. Ianya sama seperti pemeriksaan X-ray. Pesakit perlu relaks dan tenang semasa rawatan untuk mengurangkan pergerakan (Rajah )



Kesan sampingan

A Akut

a) Secara sistemik (melibatkan seluruh tubuh) kesan letih lesu dan kesan psikologi

b) Kesan setempat (di kawasan di mana radiasi ditujukan) kulit dan tisu di bawah kulit kelihatan merah (erythema) dan mengelupas (desquamation), bengkak bahagian lengan akibat gangguan pengaliran cecair limfa, kesakitan di kawasan payudara dan kehilangan bulu ketiak.

B kesan Lewat
Kesakitan payudara, otot atau tulang rusuk, fibrosis paru-paru, pneumonitis, pigmentasi dan ‘plexopathy brachial’ - akibat kematian sel-sel normal dan juga akibat inflammasi.

Kesan-kesan lain:

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat

  • Kulit yang merah dan gatal

  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering

  • Telinga yang tersumbat

  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat

  • Mengalami kesusahan menelan makanan

  • Sakit perut atau cirit birit

  • Pundi kencing yang lemah

  • Masalah seksual atau kesuburan


Baru ku tau,wat nye kjp je...

tp perasaan nk wt tu..hmm...


No comments: