Monday, April 11, 2011

F1

PERMULAAN baik dan percaturan strategi tepat memberikan juara dunia dari pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel kemenangan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas senarai pemandu keseluruhan dengan mata maksimum 50.

Selepas mendominasi sepenuhnya perlumbaan pembuka tirai di Melbourne, pemandu Jerman yang muncul juara dunia termuda pada usia 23 tahun, itu sukar dicabar pemandu pasukan lain termasuk Jenson Button (McLaren) yang menduduki tempat kedua, diikuti pemandu Lotus-Renault, Nick Heidfeld.
Ia kemenangan ke-12 dalam kariernya sejak 2007 dan kedua berturut-turut di Sepang, apabila dia menghabiskan perlumbaan 56 pusingan yang mendebarkan di bawah cuaca mendung itu dengan catatan masa 1 jam 37 minit.39.832 saat; 3.2 saat di depan Button, dan 25s di depan Heidfeld yang bersaing sengit dengan rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pada detik akhir perlumbaan.

da lme xtgk F1...dlu zmn skolah ade tnjuk kt tv...skrg xde lg kn...
klau nk tgk,g la bli tket g sna ye..hihihi

No comments: