Sejak tahun 2011, terdapat beberapa versi cerita yang mendakwa Minyak
Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi disebarkan melalui Facebook dan
juga email. Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu
Yee mengandungi unsur babi.
Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada Pihak JAKIM dan antara jawapannya ialah:
“ Oleh kerana Jakim belum lagi menjalankan ujian kimia ke atas
produk ini untuk menentukan status kehalalannya, maka terpulanglah
kepada saudara samada terus menggunakan produk tersebut atau
sebaliknya. Pada pandangan panel , sekiranya kita tidak menggunakan
minyak yu yee pun tidak menjadi masalah kerana masih banyak minyak angin
jenama lain yang ada di dalam pasaran yang boleh kita gunakan tanpa
was-was.”
EKSLUSIF
Untuk menjawab pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical
telah menghantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal
berbeza.
Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR.
Keputusan Negatif.
Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.
Mengikut peraturan pendaftaran produk
farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan
jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang
menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun
haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat
memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan
Minyak Yu Yee Cap Limau.
p/s: lega..
credit to:
http://www.halalscience.com/blog/benarkah-minyak-yu-yee-cap-limau-ada-lemak-babi/