Tuesday, May 7, 2013

kemalangan di lebuh raya Ayer Keroh petang hari mengundi



kejadian ni berlaku masa petang hari mengundi
masa tu kebetulan abang iparku dalam perjalanan balik ke muo, di Kilometer 202.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan

dia la yg gtau ada excident
 mula2 yg dia perasan 2 bas 9 keta
sekali esok nya kuar paper kalau xsalah dalam 13 buah keta gak yg terlibat

fuh teruk tul
banyak tul kenderaan terlibat



ni cita pasal tu la kat paper utusan:

Kejadian bermula kira-kira pukul 2.45 petang selepas sebuah kereta Perodua Myvi dipandu Rashid Mohd. Hashim, 28, menekan brek secara tiba-tiba bagi mengelak merempuh sebuah kereta di hadapannya.

Berikutan itu, belakang Perodua Myvi berkenaan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Citra disusuli rempuhan berturut-turut dari belakang membabitkan Proton Waja, Pesona dan Toyota Vios.

Pada masa sama, sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka bersama 27 penumpang gagal mengelak lalu merempuh kelima-lima buah kenderaan tersebut.

Menurut jurucakap polis, bas itu kemudian terbabas masuk ke lorong tengah dan terseret sebelum terhenti di lorong kecemasan.

Dalam pada itu, sebuah lagi bas ekspres yang dipandu Mohd. Anuar Othman, 58, dari Terminal Bandar Selatan ke Melaka Sentral cuba mengelak kemalangan di hadapan sebelum turut terbabit kemalangan.

 

Mohd. Anuar mendakwa, ketika berada di lorong tengah dia melihat kemalangan di hadapannya dalam jarak 100 meter membabitkan sebuah bas ekspres dan lima buah kenderaan pelbagai jenis sebelum bas dipandu hilang kawalan.

"Saya cuba kawal bas supaya tidak rempuh deretan enam kenderaan terbabit, tiba-tiba semasa saya memaut stereng bas untuk masuk ke lorong kiri bas terus berpusing dan terbalik ke sebelah kanan.

2 comments:

Ifa said...

ish truknye.. tp xde yg mati kan.. ak xtau lak ade xcident.. sbb brita sume pasl politk je kuar

zal88 said...

yg mati xrmai..tu la ak pun tkjut gak msa abg ipar ak ckp tu..nsib baik akk ak xikut skli..klau x konpem lmbt smpai..