Tuesday, May 14, 2013

Khaled Nordin dan Khalid Ibrahim


 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu hari ini.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini kira-kira 10.40 pagi ini.

 http://2.bp.blogspot.com/-ks7LGnIaDsI/TWNaSoeCRkI/AAAAAAAAFPo/z1LdFUcSy_4/s1600/khaled-nordin.jpg


Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.

Pengerusi pakatan pembangkang Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang, jam 9 pagi hari ini.

 http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/05/Khalid-Ibrahim.jpg

Semalam, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, di sini kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum dilihat meninggalkan istana dua jam kemudian.

No comments: