Tuesday, May 7, 2013

Keputusan penuh rasmi PRU13

Datuk Seri Najib Razak semalam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam, selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat apabila menang 133 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin. 

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-12 di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, jam 10.45 pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Idris Haron menangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-10 di hadapan Yang di-Pertua Negeri di Seri Negeri, sebentar tadi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, sebentar tadi.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) membuat kejutan apabila melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Datuk Ahmad Yakob yang mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam. 

kat permas johor ex menteri lama menang..hehe..saje je
gelang patah la xsangka..lim kit siang leh naik..

Boleh cek senarai keputusan penuh rasmi PRU 13 di sini:
http://www.myundi.com.my/pru13/kualalumpur.aspx

No comments: