Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri.
Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak.
Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB
Di rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar tidak berpenghuni itu, mereka yang dibantu kumpulan pengkaji entiti paranormal, Seekers, menyusuri cerita di sebalik musibah yang menimpa sekumpulan krew sebuah produksi TV, “Warkah Terakhir” setahun sebelumnya.
Pengalaman yang sepatutnya melengkapi kajian bagi kertas projek mereka dalam mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya berubah menjadi catatan sebuah perjalanan yang mengerikan. “Penunggu Istana” adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir mereka.
Naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman footage amatur yang difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Bilah itu cuba mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.
Uncle Seekers yang mengetuai kumpulan Seekers, menjadi tempat rujukan dalam usaha mencari bukti-bukti keujudan makhluk halus ini yang dikatakan punca di sebalik kejadian menyeramkan yang menyelubungi Istana Bilah.
Soalnya, sejauh manakah teori saintifik dengan gajet moden yang dibekalkan Seekers kepada pelajar berkenaan berupaya merungkai kesahihan kewujudan makhluk halus yang diburu itu?
Bagi pelajar tadi, keanehan yang dialami di rumah berkenaan dengan kejadian mistik, bunyi-bunyi misteri dan penurunan suhu mendadak yang dikatakan petunjuk mengenai kehadiran makhluk halus, bagaimanapun tidak mencukupi.
Keghairahan dan ketamakan untuk meraih perhatian, dikatakan menguasai sebahagian pelajar. Berbekalkan peralatan yang ditinggalkan kumpulan Seekers, mereka meneruskan kajian di rumah berkenaan.
Dengan ketaksuban mereka mencari jawapan untuk merungkai kejadian-kejadian aneh istana tersebut akhir membawa kepada pelbagai konflik yang makin bercelaru pada tujuh hari terakhir mereka terperangkap.
Siapa dan Apakah motif sebenarnya disebalik kontroversi ini?
Kalau terdapat arahan dari 'pihak tertentu' supaya filem ini dihentikan serta merta, ianya boleh dicatatkan dalam 'Malaysia Book Of Record' dan sejarah perfileman negara...
betul ke cte asal??
tapi yang pelik nye kenapa cite xde heboh di mana2 sebelum ditayangkan...
n yang menjadi tertanye nye FB pelakon ni ade n aktif, tp xdapat dikenalpasti kerana die telah meninggalkan pengajiannye di ASWARA...
mula2 cite ni xseram pun...
tapi da last2 ble diorg semakin tamak....gara2 asgment last diorang tu la bermula pelbagai idea timbul setelah satu2 persatu berlaku..
n pada ku, kawan die yg 1st(yaya) meninggalkan istana billah tu mengambil tindakan yang tepat...;-) tp tu ar di mana kah amar??sampai sekarang masih lum dijumpai...betul ke fira, mus dan sara betul2 mati??? hmm...masih lum ade sebarang jawapan yang pasti lagi....