Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6
Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi
pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),
Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan
lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke
kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
Tegas Omar, walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, namun tidak semua negeri cuti hujung minggu pada hari berkenaan,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs pada Ahad.
Tambah beliau penjawat awam juga tidak perlu terburu-buru untuk pulang
ke tempat kerja jika diberi pelepasan pada hari berikutnya.
"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam
ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat
kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif,” katanya.
Katanya cuti tersebut antaranya akan memberi manfaat kepada penjawat
awam yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi mengundi di negeri Kedah,
Terengganu dan Kelantan.
p/s: kan bagus kalau dapat,xyh la apply cti..hehehe
2 comments:
tula..bile xdpt cuti.. pratus nk blek ngundi tu mcm 50 50 lak jadinye..
tu la psl..nk x nk klau xdpt cti,trpksa la apply cti..
Post a Comment