Friday, April 12, 2013

caj yuran taska sekitar lembah klang

peh xagak-agak..kalau betul la camni..
melampau laa..

http://www.hmetro.com.my/articles/2013041208352620130412083526/Article

Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.

“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments: