Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam II Putrajaya ditembak mati



serius terkejut,xsangka bila terbaca berita ni
allahyarham adalah seorang yg baik,wlaupun baru jumpa
ku xla mengenali nye begitu rapat
tapi ktorang laki bini pernah berjumpa 'in person'
setakat dari pengamatan ku beliau seorang yg baik,humble,tidak sombong
biase kan kita sinonim dengan kalau orang berpangkat ni akan sombong semua kan
tapi bile jumpe ngn ktorang, beliau seorang yg sempoi

Ni latest version nye cite, berlaku kat putrajaya lak tu

Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 Putrajaya, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim, 58 tahun telah ditembak penunggang motorsikal di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya. Tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi

  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8, ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
  • Penembak menaiki kereta ( *eh brp version ni,penembak bawa motor ke keta)
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospital Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan

Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar….Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Mungkin ada kaitan dengan pihak tertentu yg tercabar agaknye la kot..

Sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

p/s: byk da link yg diorg share kt fb..antaranye kt BH : www.bharian.com.my/bharian/articles/TimbalanKetuaPengarahKastammautditembak/Article/index_html

2 comments:

Ifa said...

eh kau kenl die ea..ak x kenl..

zal88 said...

knl2 gtu je..idok la rpt..tp knl la jgk..tu yg tkjut tu..mcm xbrp nk caye..