Thursday, February 14, 2013

shila amzah dan parodi

Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.

Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.



pix_gal0

Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih.
antara yang ditweet kan : 
            -    Asalkan aku okay. Hadapi dengan senyuman
            -    It’s sad when someone can walk right by you and pretend you were never a big part of
                 their life...

Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.

p/s: yela,siap wat lagu ombak rindu versi Shila la..pastu leh lak ade org yg wat parodi ombak rindu tu..hahahaha

versi shila amzah : pesanan pada semua : https://www.youtube.com/watch?v=iEmrasQlo74
versi parodi : https://www.youtube.com/watch?v=peMzI0xy0p8

No comments: