Tuesday, February 26, 2013

Datuk Lee Chong Wei bakal jadi bapa

Tahun ini, Datuk Lee Chong Wei merasai pengalaman baharu apabila buat kali pertama dia memberi angpau sempena Tahun Baharu China, namun bulan depan jaguh badminton No. 1 dunia itu bakal berdepan satu lagi pengalaman yang mengujakan - memburu kejuaraan All England buat kali ketiga.

Mengakui 2013 menghadirkan banyak perkara yang tidak pernah dilalui selama ini, termasuk bakal bergelar bapa kepada bayi lelaki Mei ini, Chong Wei bagaimanapun menegaskan, fokus serta cita-citanya tidak sedikitpun terganggu oleh keadaan sekeliling.

Biarpun sibuk dengan persiapan menghadapi pelbagai kejohanan utama pada 2013, Chong Wei masih sempat bercakap mengenai pengalaman bakal bergelar bapa, selain impiannya untuk membantu Malaysia melahirkan lebih ramai jaguh badminton dunia.

"Doktor menjangkakan (Wong) Mew Choo akan melahirkan anak kami pada Mei ini, tetapi memandangkan ini anak sulung mungkin bayi tersebut akan lahir lebih awal. Kami sudah membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan ia anak lelaki," katanya.


masa ktorang dapat tau pasal berita ni, masa tengah tengok berita sukan tv3 la
ktorang laki bini terus terkejut eh bile masa ada berita pasal wife die mengandung ea
oh xkisah la kan..baru tau rupenye

pastu tup-tup da nak bersalin bulan mei
eh ape cepat sangat
bukan rasanye baru aritu baru masuk tv
macam baru je akhir tahun asyik kuar tv je pasal die prewedding la,2kali majlis la
tengok kejap gak la yg die masuk tv tu

ble cek2 balik,rupenye die 'bersanding' tu bulan 11
kepochi x ktorang..haha
tapi tau la kaum cina daftar awal da
ni kira bersanding je lambat

sibuk je kan ktorang
nampak sangat xde keje..hahaha
da kebetulan cite tu kuar masa ktorang tengah tengok brita sukan
terus la berfikir kan..
not gud3x..:P

3 comments:

Ifa said...

amboai laki bini ni.. clculate baek punye ek.. haha

zal88 said...

hahaha..xde kje kn
laki ak kn brita sukan je lju..

zal88 said...
This comment has been removed by the author.