Wednesday, November 7, 2012

Johor

tiba-tiba rasa nak tulis pasal johor lak..
padahal tengah bz ni
sebab tadi ttiba terbaca ada kat sebuah blog, tu yang terus teringin nak wat gak..=P

Dahulu negeri Johor ni ada 8 daerah sahaja, tetapi sekarang ni 2 daerah telah ditubuhkan..
Antara daerah-daerah negeri Johor adalah:





1. Johor Bahru (Ibu negeri Johor)
2. Pontian
3. Kota Tinggi
4. Kluang
5. Batu Pahat
6. Mersing
7. Segamat
8. Muar
9. Ledang (daerah baru)
10. Kulaijaya (daerah baru)

ni antara bahasa-bahasa orang Johor selalu gunakan

Anu
Merujuk kepada orang/subjek yang dibualkan.. Atau dikenali sebagai "sipulan"..
Contoh : "Si anu tu bila nak datang?"

Bak
Bawa atau beri..
Contoh : "Bak sini gunting tu"

Bubuh
Merujuk kepada perbuatan meletakkan..
Contoh : "Bubuh garam sedikit"
 
Ekk?
Tanda tanya lebih kurang seperti "ye ke?" atau "eah?"
Selalu kita jumpa di akhir ayat yang orang tu cakap..
Contoh : "Orang tu gila ekk..?"

Epok-epok
Kuih yang kita selalunya kenal sebagai karipap..
(sama jer sebenarnya.. cuma orang Johor panggil epok-epok..)

Gebar/Gebor(Johorean selalu cakap ada O O gitu lah..)
Merujuk kepada selimut..

Gerobok
Tempat menyimpan baju atau almari..

Jerang
Perbuatan memasak air..
Contoh : "Pergi jerang air buat kopi"

Karang
Merujuk kepada perkataan 'nanti'
Contoh : "Karanglah orang buat"
(Orang Johor mengguna perkataan orang sebagai kata ganti diri 'saya')
 
Meh
Merujuk kepada perkataan "mari"..
Contoh : "Meh sini"

Terple'ot
Macam terkehel juga lah..
Contoh : "Kaki kau terple'ot ekk?"

Rewang
Gotong royong mengerjakan sesuatu majlis atau kenduri..

Saing
Perbuatan yang dilakukan bersama-sama..
Contoh : "Kita balik saing nak?"

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat bahasa orang Johor ni..tapi ni antara yang selalu digunakan..
kadang-kadang bercakap ngan negeri orang lain terutama negeri selangor ni leh bergaduh la..dua-dua nak cakap ayat masing-masing betul..hehe

3 comments:

LiaNa YuSoF said...

slalu le tu gaduh ngn laki dia.. hahaha...

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

idup leha!!!eh slh, idup Johor..hehe
aku tang perkataan jerang tu, kt nasi pn aku gune leha..jerang nasi..hehe..

zal88 said...

haha li..standard..;p
timah..idup joho..