Thursday, July 28, 2011

HM..chaiyok2...

sejak akhir-akhir ni semua orang da jadi semangat keMalaysiaan...
hihihii
maklum la semua da jadi penyokong Malaysia...
Harimau Malaya!!!!!!!!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan Malaysia bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

hari ni la penentu nye....malam kang mesti jem nye kt bukit jalil terutama bile da abis.. jadi sape-sape yang g tu berhati-hati la ye dan jaga hp, handbag, etc..pandai-pandai la cari jalan shortcut..hehehe

Harimau Malaya VS Singapura
28.07.2011 (khamis)
Stadium Negara Bukit Jalil

tapi kesian la yang tak dapat tiket tu,yang memang betul-betul nak g...bayangkan 85, ooo tiket perlawanan yang disediakan FAM leh habis...sedangkan ade 3 stadium penjualan tiket nye(sumber-sumber yang leh dipercayai) hihihi..ala,mesti org dalam simpan tiket tu kan...

p/s: aritu tengok kat umah ngan family mase lawan kat singapura pun da bising...hihihi...
mula-mula gol memang cantik ar...1st gol je ar...pastu tengok je pihak lawan jaringkan gol..;-D





1 comment:

Ifa said...

kau g eh cik..? k, jmpa kat sn.. hehe