TIP PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON - Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah
mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR - Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta
kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH - Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di
hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN - Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana menyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA - Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan
bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA - Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui
jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG - Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin
erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK - Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK - Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda
masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM - Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 KETIKA EKONOMI BERKEMBANG - Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI - Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI - Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu
berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Friday, July 29, 2011
nice to share :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment