Friday, July 8, 2011

farah breep2 nk kwin da...

Debaran Farah Diana Anuar semakin hampir..iaitu pada 15 Julai ini dia akan disatukan dengan jejaka pilihan hati, Johan Johari.



Apatah lagi, ketika artikel ini disiapkan, si empunya diri mengaku persiapan menuju ke fasa bergelar isteri orang masih belum siap sepenuhnya, apabila majlis yang sepatutnya diadakan September dipercepatkan berikutan permintaan pihak lelaki.

Dedah pengacara Rasa Halal Orient itu lagi, bukan sengaja mahu berahsia namun dia mengikut nasihat orang tua supaya jangan terlalu teruja bimbang perkara tidak elok berlaku.

“Selepas pernikahan, keesokan majlis resepsi diadakan pihak keluarga saya di Putrajaya. Manakala seminggu selepas itu majlis sambut menantu pula diadakan di Pulau Pinang. Konsep persalinan bagi kedua-dua resepsi dan nikah masih dalam perbincangan dengan pereka, Zeri Zamry,” katanya yang mengakui bertuah apabila banyak pihak tampil mahu menaja majlis perkahwinannya.

Ditanya soal persediaan dari status solo kepada isteri orang, katanya dia sudah sedia memikul tanggungjawab malah tarikh yang dipercepatkan sebagai rahmat yang begitu disyukurinya.

2 comments:

Zana Adieyza said...

mesti cantik farah kahwin nnti.. sbb farah dh mmg sedia cantik..

zal88 said...

tu la kn..
xpe..kte tggu brita tbaru die ye..
nnt ble free kte upload kn..;-)