Allahyarham yang meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 2.53 pagi meninggalkan isteri Datin Kasiah Tahir, 49, dan lima orang anak.
"Tapi apabila baru sahaja melelapkan mata, emak kejutkan kami supaya bangun, katanya ayah dah sakit tenat.
"Kami kemudian bawa ayah ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke wad kecemasan tapi tak lama kemudian mereka kata dah tak dapat buat apa-apa," katanya kepada pemberita di Taman Batu Muda di sini hari ini.
Aizat Akmal berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir ayahnya sempat berpesan kepadanya supaya menjaga adik-adiknya yang lain dengan baik.
Turut menziarahi Allahyarham ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan serta pegawai kementerian dan warga Kementerian...
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment