Thursday, February 4, 2010

brite2.....

Shamsul Azhar Presiden, CEO baru Petronas



KUALA LUMPUR: Datuk Shamsul Azhar Abbas, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru berkuatkuasa 10 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan media, berkata Shamsul Azhar juga dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas.

Shamsul Azhar, 57, akan menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Merican yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 9 Februari ini.


Batik 1Malaysia diperkenal esok



KUALA LUMPUR: Batik 1Malaysia yang bakal dijadikan pakaian acara rasmi serta pada majlis 1Malaysia akan diperkenalkan kepada umum pada program 1Malaysia di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka malam esok.

selain angka satu (1) yang jelas tertera di bahagian dada, pilihan warna juga mewakili semua warna yang terdapat pada bendera Malaysia yang digabungkan dengan elemen kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak.

2 comments:

LiaNa YuSoF said...

wah...leha da jd pnyampai brita la pulak..kih3....

zal88 said...

hikhikhik...
brita yg mnarik je ak share kn....