PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia yang menguncup sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, kembali pulih dengan mencatat pertumbuhan tinggi sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009.
Pertumbuhan luar jangkaan itu menjadikan penguncupan keseluruhan tahun lalu hanya 1.7 peratus, jauh lebih baik berbanding unjuran awal penguncupan sebanyak 3.0 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan perkara itu, berkata berikutan pencapaian berkenaan, ekonomi Malaysia tahun ini dijangka berkembang pada kadar lima peratus.
"Jika tidak berlaku perkara luar jangkaan kepada ekonomi global, boleh dikatakan ekonomi Malaysia sudah pulih daripada kesan krisis global dan akan menikmati pertumbuhan kukuh pada 2010.
"Jangkaan awal pertumbuhan tahun ini adalah sekitar empat peratus, tetapi saya yakin ia akan merekodkan pertambahan pertumbuhan antara satu hingga dua peratus lebih tinggi daripada unjuran itu," katanya pada sidang media di sini, semalam.
.:. p/s: yeke eh???
No comments:
Post a Comment