Thursday, February 4, 2010

mcm2....

KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit mencuri wang milik klinik mata di institusi tersebut tahun lalu.

Namun wang terbabit dikatakan sudah habis dibelanjakan oleh suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Haris Daud berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Bukit Setongkol kira-kira 9.30 pagi.

"Suspek dipercayai mencuri RM15,000 iaitu hasil kutipan dua minggu di dalam peti keselamatan yang berada dalam klinik itu pada 21 Disember tahun lalu.

"Kecurian itu disedari oleh kakitangan klinik tersebut apabila laci peti keselamatan itu terbuka dan mendapati wang di dalamnya lesap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Haris berkata kakitangan wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan suspek. - Bernama

.;.cte dh 1thun br nk kuar ye... mcm2...IPTA kuantan kt mne la tu ye....